Kota Kinabalu, 17 Ogos 2022 - Kerajaan Negeri melalui Bahagian Integriti dan Governans Negeri Sabah, Pejabat Setiauasaha Kerajaan Negeri telah mengadakan Forum Antirasuah dan Tatacara Mencukupi Bagi Badan Korporat dan PKS (SME) - Seksyen 17A Akta SPRM 2009 dengan kerjasama Transparency International Malaysia dan  disokong oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah, Center for International Private Enterprises dan juga SME Corporation Malaysia bertempat di Sabah International Convention Centre (SICC).

Program ini dirasmikan oleh YB Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin Manjun, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah merangkap Menteri Kewangan II Negeri Sabah dengan melibatkan seramai 192 orang peserta daripada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). 

Forum ini melibatkan tiga (3) pembentangan daripada SPRM Sabah berhubung pematuhan Seksyen 17A serta tatacara mencukupi daripada sudut pelaksanaan, diikuti oleh pembentangan daripada Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) dan seterusnya pembentangan daripada Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) yang berkongsi amalan tebaik bagi mengelakkan kegiatan rasuah syarikat.

Alamat Perhubungan

Bahagian Integriti dan Governans Negeri Sabah,
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri,
Jabatan Ketua Menteri,
Aras 8, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu Sabah.
: 088-369000 / 369263
: 088-214134
: admin.uins@sabah.gov.my

Peta Lokasi

Statistik Pelawat

65859
Hari iniHari ini55
KelmarinKelmarin93
Minggu iniMinggu ini211
Bulan iniBulan ini434
KeseluruhanKeseluruhan65859