FUNGSI DAN TANGGUNGJAWAB

Unit Integriti Negeri Sabah, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Jabatan Ketua Menteri adalah bertanggungjawab bagi melaksanakan serta mengendalikan Sistem Pengurusan Aduan Awam di negeri Sabah dengan fungsi dan tanggungjawab seperti berikut:-

1. Menerima aduan orang awam mengenai ketidakpuasan mereka terhadap sebarang tindakan pentadbiran Kerajaan yang dirasai tidak adil, tidak mematuhi undang-undang dan peraturan yang sedia ada, termasuk salah laku, penyelewengan, salah guna kuasa salah tadbir dan seumpamanya.

2.  Menyiasat pengaduan awam yang dianggap mempunyai asas secara:

                 i.   Meminta dan mendapatkan maklumat/maklum balas;

                 ii.  Menyemak fail, rekod dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan; dan

                 iii. Mendapatkan penjelasan daripada pegawai yang berkenaan.

3.  Mengesan dan mengawasi tentang tindakan pembetulan yang diambil oleh jabatan/ agensi Kerajaan yang diadukan supaya menyelesaikan sesuatu aduan/ kes yang dirujuk kepadanya.

4.  Memberi nasihat dan panduan kepada pengadu dalaman atau luaran dan menguruskan saluran aduan.

Alamat Perhubungan

Bahagian Integriti dan Governans Negeri Sabah,
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri,
Jabatan Ketua Menteri,
Aras 8, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu Sabah.
: 088-369000 / 369263
: 088-214134
: admin.uins@sabah.gov.my

Peta Lokasi

Statistik Pelawat

65855
Hari iniHari ini51
KelmarinKelmarin93
Minggu iniMinggu ini207
Bulan iniBulan ini430
KeseluruhanKeseluruhan65855