Sesi Perbengkelan Pembangunan dan Penggubalan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) | 22 – 25 Ogos 2019 | Perkasa Hotel Mt. Kinabalu, Kundasang

Sesi Perbengkelan Pembangunan dan Penggubalan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) Jabatan Ketua Menteri telah diadakan pada 22 hingga 25 Ogos 2019 bertempat di Perkasa Hotel Mt. Kinabalu, Kundasang.

Sesi perbengkelan ini merupakan hasil kerjasama antara Institut Integriti Malaysia (IIM), Unit Integriti Negeri Sabah (UINS) dan Institut Latihan Sektor Awam Negeri (INSAN). Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Fasilitator Tuan Haji Hamilye Sham bin Harun (Pengarah dan Prinsipal Konsultan OACP, IIM), Encik Harisham bin Ibrahim (Ketua Konsultan, IIM) dan Encik Fadzly bin Mohd. Poad kerana menjayakan Sesi Perbengkelan Pembangunan dan Penggubalan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) Jabatan Ketua Menteri.

Seramai 42 peserta bengkel terlibat dalam sesi perbengkelan ini yang melibatkan agensi di bawah Jabatan Ketua Menteri dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah. Terima kasih juga diucapkan kepada semua peserta atas komitmen jitu dan tidak berbelah bahagi dalam menyediakan Pelan Antirasuah Jabatan Ketua Menteri.


                     

Alamat Perhubungan

Unit Integriti Negeri Sabah,
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri,
Jabatan Ketua Menteri,
Aras 8, Blok A,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah,
88400 Kota Kinabalu Sabah.
: 088-369000 / 369263
: 088-214134
: admin.uins@sabah.gov.my

Peta Lokasi

Statistik Pelawat

3592
Hari iniHari ini11
KelmarinKelmarin28
Minggu iniMinggu ini55
Bulan iniBulan ini11
KeseluruhanKeseluruhan3592