Pelancaran Buku Pelan Antirasuah Jabatan Ketua Menteri (PAR JKM) 2019 - 2023  | 1 November 2019 | Dewan Bankuasi, Tingkat 26, Pusat Pentadbiran Negeri Sabah

Buku Pelan Antirasuah Jabatan Ketua Menteri (PAR JKM) 2019 – 2023 telah dilancarkan oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal, Ketua Menteri Sabah pada 1 November 2019. Buku PAR JKM ini merupakan dasar antirasuah yang mencerminkan hasrat murni dan komitmen Jabatan Ketua Menteri untuk membanteras rasuah dalam perkhidmatan pentadbiran kerajaan.

Jabatan Ketua Menteri merupakan jabatan kerajaan negeri yang pertama melancarkan pelan antirasuah. Semasa majlis pelancaran, ucapan YAB Ketua Menteri mahu jabatan lain di negeri Sabah mempunyai pelan antirasuah masing-masing bagi memastikan tiada ketirisan menyumbang kepada rasuah.

Bagi merealisasikan kejayaan pelan ini, 26 komitmen agensi di bawah Jabatan Ketua Menteri dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah diperlukan bagi memastikan segala inisiatif yang telah dirancang dapat dilaksanakan bersama-sama dengan amanah, telus dan berintegriti.

Alamat Perhubungan

Unit Integriti Negeri Sabah,
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri,
Jabatan Ketua Menteri,
Aras 8, Blok A,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah,
88400 Kota Kinabalu Sabah.
: 088-369000 / 369263
: 088-214134
: admin.uins@sabah.gov.my

Peta Lokasi

Statistik Pelawat

12159
Hari iniHari ini13
KelmarinKelmarin24
Minggu iniMinggu ini151
Bulan iniBulan ini2022
KeseluruhanKeseluruhan12159