Program Bicara Integriti dan Antirasuah (HARA) | 9 Disember 2019 | Dewan Auditorium, Tingkat 4, Pusat Pentadbiran Negeri Sabah

Program Bicara Integriti dan Antirasuah bersempena sambutan Hari Antirasuah Antarabangsa (HARA) telah diadakan pada 9 Disember 2019 bertempat di Dewan Auditorium, Tingkat 4, Pusat Pentadbiran Negeri Sabah.

Program yang julung kali diadakan ini merupakan kerjasama erat antara Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Program ini bertujuan untuk berkongsi isu-isu semasa berkaitan rasuah dan inisiatif serta usaha pencegahan rasuah yang dilakukan SPRM bagi memastikan pentadbiran yang telus dan berintegriti dalam kerajaan negeri.

Ceramah menarik bertajuk “Tumbuk Rusuk Duit Panadol” disampaikan oleh Encik Mohd Firdaus Ramlan dan “Peranan Penjawat Awam Dalam Merealisasikan Negeri Sabah Bersih Rasuah” disampaikan oleh YBHg. Dato’ Sri Akhbar Satar dihayati oleh kira-kira 1,000 peserta yang hadir.

Turut hadir pada program tersebut ialah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Mohd. Shafie Apdal, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Haji Safar bin Untong, Ketua Pesuruhjaya SPRM, YBhg. Puan Latheefa Koya, Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Samsuni Mohd. Nor, Pengarah SPRM Sabah, KPKPj Karunanithy a/l Y. Subbiah, timbalan-timbalan ketua menteri, menteri-menteri, pembantu menteri serta penjawat awam dari pelbagai jabatan dan agensi kerajaan.

Rasuah Disisih, Negara Bersih.

    

    

     

     

Alamat Perhubungan

Unit Integriti Negeri Sabah,
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri,
Jabatan Ketua Menteri,
Aras 8, Blok A,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah,
88400 Kota Kinabalu Sabah.
: 088-369000 / 369263
: 088-214134
: admin.uins@sabah.gov.my

Peta Lokasi

Statistik Pelawat

12159
Hari iniHari ini13
KelmarinKelmarin24
Minggu iniMinggu ini151
Bulan iniBulan ini2022
KeseluruhanKeseluruhan12159