Penempatan Pegawai SPRM di Pejabat Ketua Menteri dan Unit Integriti Negeri Sabah, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri

Kerajaan Negeri melalui Mesyuarat Jemaah Menteri pada 27 November 2019 telah bersetuju untuk menempatkan Pegawai SPRM secara pinjaman untuk tempoh 3 tahun. Encik Mohd Fuad Bee Bin Hj. Basrah Bee yang menyandang jawatan Pegawai SPRM Gred P54 ditempatkan di Pejabat Ketua Menteri manakala Puan Maysara @ Nur Faridah Binti Mohamad yang menyandang jawatan Pegawai SPRM Gred P44 ditempatkan di Unit Integriti Negeri Sabah, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

Sabah merupakan NEGERI PERTAMA menempatkan seorang pegawai kanan SPRM di PEJABAT KETUA MENTERI. Usaha penempatan ini adalah menunjukkan KESUNGGUHAN YAB KETUA MENTERI DAN SPRM bagi mendokong hasrat Kerajaan dalam menjadikan Malaysia dikenali dengan integritinya bukan Rasuah. Oleh itu pentadbiran Kerajaan mesti bersih dan penempatan pegawai SPRM adalah langkah terbaik bagi memastikan CHECK AND BALANCE sentiasa ada.

Selamat datang diucapkan kepada Puan Maysara @ Nur Faridah Binti Mohamad ke Unit Integriti Negeri Sabah, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri !

 

Alamat Perhubungan

Unit Integriti Negeri Sabah,
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri,
Jabatan Ketua Menteri,
Aras 8, Blok A,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah,
88400 Kota Kinabalu Sabah.
: 088-369000 / 369263
: 088-214134
: admin.uins@sabah.gov.my

Peta Lokasi

Statistik Pelawat

12157
Hari iniHari ini11
KelmarinKelmarin24
Minggu iniMinggu ini149
Bulan iniBulan ini2020
KeseluruhanKeseluruhan12157