LATAR BELAKANG

Pelan Antirasuah Jabatan Ketua Menteri (PAR JKM) adalah manifestasi kesungguhan Kerajaan Negeri untuk mencegah perbuatan dan implikasi akibat amalan rasuah.

Pelan ini merupakan pelan ketiga yang dihasilkan selepas dua (2) pelan sebelumnya yang telah dizahirkan pada tahun 2010 dan 2014. PAR JKM merupakan dokumen perancangan strategik yang dilaksanakan dalam tempoh lima (5) tahun mulai 2019 dan mencapai kemuncaknya pada tahun 2023 nanti.

PAR JKM diadaptasi berdasarkan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 yang telah dilancarkan pada 29 Januari 2019 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Keputusan untuk mengkaji kesesuaian NACP dan pelaksanaan di peringkat negeri Sabah telah dibuat semasa Mesyuarat Jawatankuasa Antirasuah Peringkat Negeri yang pertama dipengerusikan oleh Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Datuk Seri Panglima Hashim Paijan pada 06 Mei 2019.

Pelan Antirasuah Organisasi Jabatan Ketua Menteri 2019-2023 telah dibangunkan oleh Unit Integriti Negeri Sabah, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dengan kerjasama semua jabatan dan agensi di bawah Jabatan Ketua Menteri.

 

Alamat Perhubungan

Unit Integriti Negeri Sabah,
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri,
Jabatan Ketua Menteri,
Aras 8, Blok A,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah,
88400 Kota Kinabalu Sabah.
: 088-369000 / 369263
: 088-214134
: admin.uins@sabah.gov.my

Peta Lokasi

Statistik Pelawat

2313
Hari iniHari ini28
KelmarinKelmarin35
Minggu iniMinggu ini202
Bulan iniBulan ini734
KeseluruhanKeseluruhan2313