OBJEKTIF LAWATAN INTEGRITY CHECKING
Lawatan Integrity Checking merupakan salah satu program tahunan Unit Integriti Negeri Sabah yang bertujuan untuk memperkukuhkan integriti dalam kalangan penjawat awam. Selain itu, pemantauan terhadap agensi barisan hadapan ini juga diharap dapat memperkemas organisasi perkhidmatan awam negeri supaya lebih fokus kearah berkhidmat untuk rakyat seiring dengan dasar dan hala tuju kerajaan.
Lawatan Integrity Checking ini diadakan secara pemeriksaan mengejut, pemeriksaan berjadual dan tidak berjadual terhadap pematuhan peraturan, prosedur kerja, pelanggaran tatakelakuan, pematuhan dasar, undang-undang, kod etika dan peraturan yang berkaitan dengan tatakelakuan dan etika organisasi (Naziran Integriti).