SOALAN LAZIM
UNIT INTEGRITI
Soalan 1: Apakah fungsi-fungsi Unit Integriti Negeri Sabah?
Jawapan:
Terdapat lima (5) fungsi teras Unit Integriti Negeri Sabah iaitu :-
a) Tadbir Urus Baik
- Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan di peringkat Kementerian, Jabatan dan Agensi di bawah Kerajaan Negeri.
- Memantau pelaksanaan Jawatankuasa Antirasuah (JAR) diperingkat Kementerian, Jabatan dan Agensi di bawah Kerajaan Negeri.
- Memantau dan menyelaras pelaksanaan Pelan Antirasuah Organisasi di Kementerian, Jabatan, Agensi dan Badan Berkanun Negeri termasuk Jabatan di bawah Jabatan Ketua Menteri.
b) Pengurusan Aduan
- Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua keperluan atau maklumat mengenai salahlaku serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi.
- Memantapkan Sistem Pengurusan Aduan Awam melalui kolaborasi dengan pegawai pengurusan aduan awam di peringkat Kementerian, Jabatan dan Agensi di bawah Kerajaan Negeri.
c) Pengukuhan Integriti
- Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi melalui program “Integrity Checking” di peringkat Kementerian, Jabatan dan Agensi di bawah Kerajaan Negeri.
d) Pengesanan dan Pengesahan
- Mengesan dan mengesahkan aduan salahlaku serta perlanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil.
e) Pematuhan
- Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa.
ADUAN AWAM
Soalan 2: Apakah saluran yang boleh saya gunakan untuk mengemukakan aduan awam ke Unit Integriti Negeri Sabah?
Jawapan:
Antara saluran yang boleh digunakan untuk mengemukakan aduan awam ke Unit Integriti Negeri Sabah adalah seperti berikut:-
i. Laman web rasmi – https://i-adu.sabah.gov.my/aduan-uins/login
ii. Emel – Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
iii. Hotline – 088-369263/ 088-369268
iv. Surat
v. Hadir sendiri – Tingkat 8, Blok A, Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, Jalan Sulaman, Teluk Likas, 88400 Kota Kinabalu
Soalan 3: Apakah maklumat yang perlu saya kemukakan semasa membuat aduan kepada Unit Integriti Negeri Sabah?
Jawapan:
Maklumat-maklumat penting seperti berikut perlu dilengkapkan semasa membuat aduan ke Unit Integriti Negeri Sabah, iaitu:-
i. Nama
ii. Jantina
iii. Alamat
iv. Daerah
v. Telefon
vii. Emel
viii. Tajuk Aduan
x. Agensi yang diadu
xi. Jenis Aduan
Maklumat tambahan:
xii. Warganegara
xiii. Pekerjaan
xiv. Lampiran / Gambar
Soalan 4: Setelah aduan dikemukakan ke Unit Integriti Negeri Sabah, apa yang berlaku terhadap aduan saya?
Jawapan:
- UINS mengeluarkan nombor rujukan setelah didaftar ke dalam sistem.
- UINS menghantar Surat Akuan Terima (SAT) kepada pengadu.
- Semakan aduan samada di bawah bidang kuasa:-
i. Negeri/ Persekutuan
ii. Kes Polis/ Mahkamah/ Peribadi/ Syarikat Swasta
iii. Bahagian V, Tatatertib, PPANS 200 - Semua urusan surat menyurat berhubung dengan tindakan siasatan disalinkan kepada pengadu sebagai makluman.
- UINS maklumkan keputusan penyelesaian kes kepada pengadu.
- Pengesahan penyelesaian aduan oleh pengadu.
- Pengemaskinian Sistem Aduan/ Tutup Kes.
Soalan 5: Berapa lama kah UINS mengambil masa untuk mengemukakan maklumbalas/ keputusan penyelesaian aduan kepada pengadu?
Jawapan:
Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2009: Penambahbaikan Pengurusan Aduan Awam menetapkan bahawa aduan awam perlu diselesaikan dalam tempoh 15 hari bekerja.